Jumaat, 29 Mei 2026
Pengajaran Khutbah Raya?
Pengajaran Khutbah Aidiladha 1447 Hijrah:
Tajuk: “AIDILADHA: IMAN DAN PENGORBANAN”.
Asalamualaikum semua,
Telah berlangsungnya khutbah sempena Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1447 Hijrah 2026 Masihi. Tarikhnya Adalah pada 27 Mei 2026 iaitu hari Rabu. Khutbah ini saya petik pengajarannya daripada khutbah Hari Raya Aidiladha bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Berikut antara perkara yang boleh kita ambil:
Pengajaran:
1 Saya, kami dan kita semua hendaklah berusaha menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s yang penuh dengan nilai-nilai yang baik.
Sudah terang lagi bersuluh kisah ini sering menjadi tauladan buat kita sepanjang zaman. Orang kata kisah ini always evergreen gitu kot. Bacalah kisah ini dengan sepenuh hati dan perasaan seolah-olah kita rasakan kita berada dalam kisah Baginda.
2 Dalam berusaha menjadi orang yang taat, sudah pasti ianya memerlukan pengorbanan yang berterusan tanpa mengenal erti penat dan Lelah.
Pengorbanan Adalah nilai yang paling berharga dalam kehidupan kita. Sebagai hambanya, sudah tentu banyak pengorbanan yang harus kita korbankan dalam selalu berusaha menjadi hamba yang patuh padanya.
Ya Allah,
Terimalah pengorbanan dan amalan kami.
3 Kita hendaklah menjadikan segala ibadah dan apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini hanya Ikhlas semata-mata padanya.
Ibadah yang kita lakukan dalam kehidupan ini haruslah sesuai dengan syariatnya. Selain itu, benda paling penting Adalah keikhlasan yang paling dituntut untuk dilakukan. Mungkin pada awalnya kita terpaksa insyallah lama-lama kita akan beroleh ikhlasnyya.
Itulah sedikit Mutiara yang boleh kita ambil daripada khatib bagi hari raya haji tahun ini. Jumpa lagi tau.
Dari saya,
Salam Aidiladha 1447 Hijrah 2026 Masihi.
Eid al-Adha 1447H Sermon Teachings — Faith and Sacrifice
1 — Strive to embrace and reflect upon the story of Prophet Ibrahim's sacrifice and his son Prophet Ismail a.s, which is rich with noble values.
2 — Becoming a truly obedient person requires continual sacrifice, without ever yielding to weariness or fatigue in worship.
3 — Let every act of worship and everything we do in this life be done solely and sincerely for the sake of Allah SWT.
Taqabbalallahu minna wa minkum — Eid Mubarak!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan