Halaman

Sabtu, 19 November 2011

Harimau malaya mengaum.

Salam sukan semua.

Pada kali ini saya ingin menyorot serba sedikit kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan kita berjaya layak ke peringkat akhir setelah berjaya menewaskan pasukan Myanmar 1-0.

Pada separuh masa pertama banyak asakan bertalu-talu terpaksa dihadapi pemain Malaysia. Namun, kecekapan dan pengalaman barisan pertahanan memusnahkan semua itu.

Terdapat juga banyak peluang tetapi tidak dapat disudahkan dengan baik untuk menghasilkan jaringan.

Pada 45 kedua, perlawanan semakin rancak dengan kedua-kedua pasukan berbalas serangan. Pada minit ke-85 semua itu berbeza sekali kerana pasukan kita berjaya menghasilkan jaringan pemisah hasil rembatan Ahmad Fakri Shahrani. Selepas itu, pasukan Myanmar terus menyerang tetapi semua itu tidak dapat menghalang skuad harimau ini untuk ke peringkat akhir.

Harapan kita agar semua pemain kita dapat merangkul pingat emas pada Sukan Asia Tenggara kali ini. Tahniah saya ucapkan

Tiada ulasan: