Halaman

Selasa, 29 November 2011

Sedapnya sambal.

Assalamualaikum dan selamat malam pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai makanan yang sememangnya popular dalam kalangan masarakat Asia Tenggara amnya ataupun masyarakat Malaysia khususnya.

Tentu anda semua pernah makan sambal. Semangnya sambal sangat diminati semua golongan masyarakat kerana rasanya yang sedap terutama sekali Sambal Belacan.

Sambal dihasilkan dengan cili. Biasanya sambal dihasilkan dengan cili yang banyak untuk menambahkan lagi kelazatannya sesuatu sambal.
Antara contoh sambal yang popular ialah Sambal sotong, sambal ikan bilis dan lain-lain lagi.

Sebenarnya sambal adalah makanan yang lazat tetapi bagi mereka yang kurang mampu keadaan ini amat berbahaya. Jagalah kesihatan anda agar anda sentiasa sihat. Selamat menjamu selera sambal.

Tiada ulasan: