Halaman

Sabtu, 26 November 2011

Selamat Maalhijrah 1433

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah 1433 Hijrah.

Sebenarnya, Hijrah dari segi bahasa ialah berpindah dari satu tempat ke tempat lain ataupun perubahan keadaan dari kurang baik kepada lebih baik. Seperti mana yang kita ketahui, tiada lagi hijrah selepas penghijrahan Nabi Muhammad S.a.w. In bermakna umat Islam mestilah berhijrah dari sudut sikap, pemikiran dan seterusnya kepada tindakan yang membawa keredaan dunia dan akhirat.

Selain itu, hijrah adalah suatu pengorbanan yang mesti dilakukan untuk meninggalkan keburukan kepada kebaikan. Hijrah memerlukan pengorbanan, ketabahan dan kecekalan kerrana kita akan menghadapi pelbagai cabaran ketika berubah atau berhirah. Menyorot kembali penghijrahan Nabi Muhammad sememangnya baginda terpaksa berkorban untuk menegakkan syiar agama Islam dan kesan daripada hijrah itu agama Islam tersebar luas sehingga hari ini. Mungkin setiap individu ada hijrah yang berbeza tetapi matlamatnya tetap sama. Contohnya pelajar mesti belajar dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang, suami pula pastinhya akan menjadikan rumah tangga mereka kekal bahagia.

Jika kita menyorot tema sambutan Maal Hijrah kali ini iaitu persefahaman asas perpaduan ummah. Walaupun pendapat antara sesame kita berbeza justeru itulah perbezaan ini seharusnya menjadi pokok kepada keputusan yang berkesan untuk memastikan umat Islam tetap utuh. Marilah kita melakukan muhasabah ke atas diri sendiri sejauh mana usia kita selama ini telah digunakan untuk beribadat keada Allah kerana akhirnya kita semua tidak kira apa sekalipun akan kembalidan dihitung olehnya. Hitunglah diri kita sebelum amalan kita dihisab di akhirat nanti. Jadi tahun yang baru ini sebagai tahun untuk kita melakukan semaksima mungkin kebaikan. Hijrahlah untuk kebahagiaan untuk diri sendiri.
Akhirnya, kita mestilah berhijrah terutamanhya pada zaman ini untuk memastikan kita terus bertahan dan dapat menangkis segala serangan luar.

Hijrah untuk kebaikan bukan untuk keburukan.
Ayuh berhijrah.


Saya ingin mengucapkan selamat Maalhijrah kepada anda semua.

Tiada ulasan: