Halaman

Isnin, 21 November 2011

Salam semua.

Alhamdulilah rakyat Malaysia semuanya gembira dan bersyukur kerana pasukan harimau muda kita berjaya menewaskan Pasukan Garuda [Indonesia] melalui sepakan fenalti yang sungguh bermakna dengan kedudukan 5-4.

Jika kita sorot kembali pada separuh masa pertama kelihatan pasukan Indonesia menyerang dengan begitu sehingga berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-5.

Selepas itu, pasukan negara kita terus menyerang dan terhasil jaringan melalui tandukan Asarudin Putra. Kedudukan telah berubah kepada 1-1.

Pada separuh masa ke-2 kedua-kedua pasukan berbalas serangan untuk menghasilkan jaringan. Namun, beberapa peluang yang terhidang tidak dapat disudahkan dengan baik.

Tambahan masa berlangsung selama 30 ninit. Kecermelangan penjaga gawang negara iaitu Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan percuma dan fenalti amat dihargai.

Perlawanan diteruskan dengan dengan sepakan fenalti. Satu tendangan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia.

Apa yang saya harapkan adalah kejayaan ini dapat diteruskan lagi. Cayo Malaysia Cayo

Majulah sukan untuk negara.

Tiada ulasan: