Halaman

Jumaat, 19 Ogos 2011

Menyaertai pertandingan tilawah alquran

Pertandingan Tilawah Alquran Pendidikan Khas peringkat kebangsaan telah diadakan di Mahsuri Resort, Podikson Negeri Sembilan. Saya dan beberapa orang rakan yang lain menyertai pertandingan tersebut. Kami bertolak dari sekolah pada jam 1.30 petang menuju ke tempat Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami menaiki bas seterusnya menuju ke sana. Kami bertolak ke Negeri Sembilan pada jam 3.00 petang. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Kami tiba di sana pada jam 6 petang. Kami dibawa masuk ke bilik. Kami tinggal di tingkat 5. Kami tinggal dalam rumah apartment. Dalamnya ada 2 bilik dan ruang tamu. Seterusnya, kami makan malam dan lain-lain lagi.


Hari berikutnya, Saya bersiap-siap untuk pertandingan pertama yang saya turut sertai iaitu hafazan. Saya bersarapan dan pergi ke dewan pertandingan. Saya merupakan peserta ke8 daripada 9 peserta. Selepas keputusan diumumkan. Saya telah memdapat tempat naib juara dalam pertandingan itu. Saya amat bersyukur atas kemenangan itu. Johan telah dirangkul oleh Mohd Fiqry dari negeri Johor yang merupakan rakan saya juga. Selepas itu saya berehat. Pada waktu petang acara tilawah bagi lelaki Junior diadakan. Rakan saya menyertai pertandingan tersebut dan mendapat sagu hati. Pada malamnya pula adalah acara azan subuh lelaki junior.

Esoknya, acara tilawah senior bagi perempuan. Rakan saya mendapat tempat ke2.

Hari berikutnya adalah acara azan dan tilawah bagi senior lelaki buta. Rakan saya telah mendapat juara dalam pertandingan azan subuh dan tempat kedua dalam pertandingan tilawah. Pada malamnya pula adalah acara penutup yang diadakan berhampiran dengan pantai Podikson. Suasana pada malam itu amat sejuk dan berangin.

Tibalah masa untuk saya dan rakan-rakan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya telah mendapat piala, sijil penyertaan dan senaskah alquran begitu juga dengan rakan-rakan lain. Kami Berjaya mendapat tempat ke2 sebanyak 3 kali, tempat ke3 sebanyak 2 kali dan juara 1 kali. Sesungguhnya kejayaan ini adalah amat manis apabila dikenangkan. Semoga anda mendapat manfaat daripada coretan kali ini.


Tiada ulasan: