Halaman

Ahad, 14 Ogos 2011

sukan smpk 2011

Besnya sukan sekolah smpk setapak.

Sekolah Smpk Setapak telah mengadakan sukan tahunan bagi tahun ini di padang Uia pada 16/7/2011 yang lalu. Kami telah dibawa secara dua trip dengan menaiki bas. Sebelum itu raptai penuh telah diadakan sebanyak dua kali.

Setibanya saya di sana acara pertama telah diadakan iaitu acara 400 M. Para penyokong ke-tiga-tiga rumah sukan iaitu rumah sukan Persona, Perdana dan Waja memberikan sokongan sepenuhnya kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acera-acara berlapan. Sebenarnya sukan ini turut mendapat sokongan pihak Misc. Boleh saya katakana Raja pecut bagi sekolah pada tahun ini ialah Afiq Ali Hanafiah yang baru menjejakkan kaki buat kali pertama pada sekolah saya. Setelah acara balapan diadakan acara sukaneka bagi pegawai diadakan.
Rapkan tahun depan pasukan rumah saya akan Berjaya mendapat gelaran juara. Wasalam
Seterusnya, adalah acara tarik tali antara rumah sukan Persona dan rumah Waja telah diadakan. Acara ini telah dimenangi rumah pasukan yang saya sertai iaitu Persona. Berikutnya, acara kemuncak iaitu acara perbarisan setiap rumah sukan yang mengambil bahagian diadakan. Acara yang di-nanti-nantikan telah tiba. Untuk pengetahuan juara sukan sekolah saya pada tahun ini ialah rumah Waja yang diketuai oleh rakan saya sendiri iaitu Aiman Asyraff. Pengalaman seperti ini tidak akan saya lupa buat selama-lamanya.

Ada yang suka gembira dan juga yang kecewa. Namun segalanya telah berlaku.

Tiada ulasan: