Halaman

Selasa, 29 November 2011

Kereta?

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Inilah kereta ferari yang boleh dikatakan agak power.

Pada kali ini sebenarnya saya ingin bercerita mengenai kereta. Apa yang anda faham tentang kereta. Kereta ialah sebuah kenderaan yang beroda empat. Dari sudut ekonomi, kereta merupakan barang ekonomi kerana untuk mendapatkannya perlu membayarnya.

Kereta terdapat tempat duduk antara 2 hingga 4 atau 5 tempat duduk termasuk tempat duduk penumpang belakang. Kebiasaannya kereta hanya mampu menampung maksimanya 6 hingga 7 orang. Kereta memerlukan enjin untuk hidup seperti juga kita memerlukan jantung untuk terus hidup.

Sudah semestinya enjin ini dihasilkan daripada bahan seperti petrol atau diesel. Bateri juga sangat penting dalam sesebuah kereta.

Sebenarnya dalam kereta terdapat beberapa system kenderaan antaranya system penyejuk untuk menyejuk enjin. Sistem seperti ini amat penting bagi memastikan kelancaran sesebuah kereta.

Baru-bau ini timbul dakwan bahawa kerajaan akan memperkenalkan kenderaan kereta elektrik. Di luar Negara kenderaan seperti ini sangat digunakan. Kereta ini memrlukan bateri yang perlu dicas lebih kurang 3-4 jam. Kereta ini juga mesra alam erana tidak mengeluarkan asap. Hal ini penting kerana alam sekitar ini mesti terus dijaga. Sama-sama kita menantikan kehadirannya di lebuhraya Malaysia.

Bila kita cerita tentang kereta mesti ada langkah-langkah keselamatan yang perlu diutamakan antaranya memakai tali pinggang keledar. Selain itu, pemeriksaan yang kerap juga perlu dilakukan agar kenderaan dapat berfungsi dengan baik.

Antara jenama kereta yang popular ialah Proton, Honda, BMW dan sebagainya.

Selamat memandu kereta untuk semua terutama yang baru mendapat lessen memandu.

Berhati-hati di jalan raya.

Tiada ulasan: