Halaman

Isnin, 19 Disember 2011

Kasih ibu membawa ke syurga

Selamat malam semua sudah lama kita tidak bertemu dalam blog ini. Sebelum apa-apa saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak menghasilkan catatan yang berguna buat anda semua.



Namun, saya harapkan tidak berbisah dengan blog ini.

Pada kali ini saya ingin membuat caatan tentang yang amat penting sebenarnya tetapi hal ini semakin dilupakan sekarang.

Kasihnya ibu membawa ke syurga

Itu adalah antara serba sedikit lirik kasihnya ibu nyanyian adikku sayang.

Sebenarnya perkara ini selalu diingatkan oleh para penceramah atau orang lain tetapi sifat manusia itu sendiri yang sering terlupa atau buat-buat lupa.

Ibu adalah insan mulia yang tela melahirkan kita sebagai insan di dunia. Tanpa ibu tiadalah kita. Oleh itu ibu adalah segala-segalanya. Ibu juga adalah insan yang pertama menjadi gru kepada kita sebelum kita pergi menapatkan pendidikan di sekolah. Ibu adalah pengasuh, penidik, pemberi nasihat dan banyak lagi. Kalau kita tanya kebanyakan pelajar cmerlang siapakah yang penorong anda sehingga anda Berjaya?

Tentu jawabnya salah stunya adalah ibu selain pihak-pihak lain. Ada sebuah hadis yang menyatakan reda allah adalah terletak pada reda ibu dan bapa. Murka allah juga terletak pada murka kedua ibu bapa. Sememangnya jasa ibu tidak trungkap melalui medium catatan, ucapan atau lain-lain kerana jasa ibu terlalu luas umpaa laut yang tidak bertepian.

Bila saya membuat catatan tentang ibu saya geringat sebuah kisah yang amat menyentuh hati.

Walaupun kisah ini mungkin sering didengar atau dibaca tetapi ia stu pengajaran.

Seorang pemuda bernama Aqamah adalah seorang yang kuat ibadat dan beriman. Tetapi pada sat akhir kehidupannya ketika beliau hendak meninggal dunia beliau tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah. Rasululah bertanya pemuda ini adakah kamu masih mempunyai ibu? Beliau menjawab ada. Rasululah menyuruh pemuda lain untuk memanggil ibu Aqamah dating menghadap rasululah.

Apabila ibunya datang rasululah bertanya mengenai kesalahan yang pernah dilakukan oleh Aqamah terhadap ibunya. Ibu Aqamah menjawab ya, dia pernah melakukan kesalahan sehingga menyakitkan hatiku. Rasululah berkata adakah kamu sudi memberi kemaafan kepada anak kamu. Lalu rasululah mengambil besi untuk membakar Aqamah. Kemudian ibunya bertanya apa yang hendak dilakukan oleh rasululah. Baginda menjawab dia ingin membakar Aqamah di dunia sebelum dia dibakar di dalam neraka. Ibunya berasa sedih dan satu ucapan yang amat bermakna dari seorang ibu iaitu (aku maafkan kamu) lalu Aqamah mengucapkan dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafas terakhirnya.

Begitulah kisah yang memberi banyak pengajaran kepada kita. Bayangkan sekiranya anda tidak mempunyai ibu lagi di dunia jadi aakah perasaan anda? Tentulah sedihkan? Jadilah janganlah berkata saya saying ibu tetapi hakikat sebenarnya insan tersebut tidak perrnah mencium atau mendakap ibunya sendiri. Sungguh menyedihkan.

Akhlak generasi sekarang kita lihat semakin runtuh. Ada yang sanggup menendang dan membunuh ibu sendiri disebabkan wang. Adakah wang lebih penting dari nyawa? Addakah harta atau wang yang menjadikan melahirkan atau mengasuh anda sehingga dewasa? Tanyalah diri sendiri.

Oleh itu, muhasabah diri tepuk dada Tanyya iman sejauh mana kita telah mentaati perintah ibu dan bapa. Bagi mereka yang telah kehilangan insan istimewa ini tentu mengerti hidup tanpa insan bergelar ibu. Jadilah anak soleh dan solehah yang mentaati ibu anda nescaya anak anda juga akan berlaku sedemikian. Taatilah perintahnya dan sayanginya selagi mereka masih diberi ruang dan udara untuk hidup. Betullah kata-kata seorang ibu ampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga ibu seorang.
Renung-renungkanlah dan lakukanlah.

http://dl.dropbox.com/u/53168713/Adikku%20Sayang%20-%20Zikir%20Fikir%20-%2004%20-%20Kasihnya%20Ibu.mp3

Tiada ulasan: