Halaman

Ahad, 25 Disember 2011

Selamat Hari Krismas

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Tarikh 25 Desember merupakan tarikh yang amat bermakna bagi penganut Kristian kerana tarikh ini merupakan Perayaan sambutan Krismas atau Hari Natal.

Masyarakat Kristian zaman dahulu mempercayai bahawa tarikh tersebut merupakan tarikh kelahiran Jesus. Tetapi sebaliknya pada zaman sekarang.

Antara cara Krismas ini disambut oleh Kaum Kristian ialah dengan ibbadat yang dilakukan di gereja, hiasan seperti pokok Krismas, pemberian hadiah dan lain-lain lagi.

Seperti mana yang kita ketahui, perayaan ini terkenal dengan kehadiran Santa Klaus yang memberikan hadiah kepada kanak-kanaak. Oleh sebab itu, kanak-kanak sangat gembira apabila tiba masa perayaan ini. Buat pengetahuan semua, pohon Krismas berasal dari Negara Jerman tetapi sekarang dimana pun boleh kita jumpai.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari Krismas (merry krismas) kepada sesiapa yang menyambutnya. Dihharapkan anda semua gembira menyambut perayaan ini di samping mengunjungi blog ini.

Salam Krismas

Tiada ulasan: