Halaman

Rabu, 6 Mei 2020

Surah Ar-Ra'd (guruh)


Pengenalan kepada Surah Ar-Ra’d (guruh).

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada kali ini mari kita bersama berkenalan dengan satu surah di dalam kitab suci alquran. Surah ini diberi nama Ar-Ra’d yang bermaksud guruh ataupun petir. Surah ini terletak pada juzuk yang ke 13 dalam alquran. Dalam turutan mashaf alquran surah ini terletak berada pada surah yang ke 13 selepas surah Yusuf. Pada surah Yusuf kita telah mengetahui bahawa kisah Nabi Yusuf A.s merupakan sebaik-baik kisah. Dalam surah ini pula diberikan nama guruh kerana hal ini diceritakan perihal guruh bertasbih kerana takut kepada Tuhannya. Sebagai mana yang kita ketahui, Alquran adalah diturunkan untuk memberi amaran [ancaman] dan sebagai berita gembira [harapan] kepada umat Nabi Muhamad S.a.w. Jadi sebagai contoh apakah perasaan kita apabila mendengar guruh yang kuat dan melihat cahaya kilat sebelum turunnya hujan? Tentunya kita akan merasa takut dan gementar apabila mendengarkannya. Walau bagaimanapun kita pun akan berasa gembira kerana guruh merupakan tanda akan turunnya rahmatnya dalam bentuk hujan. Jadi sungguh menarik untuk mendalami isi kandungan surah ini agar kita akan mendapat peringatan dalam kehidupan kita.
Antara isi kandungan dalam surah ini adalah:
1. Keimanan kepada allah dan hari akhirat: hal ini diceritakan pada permulaan surah ini. Allah menceritakan kekuasaannya dalam menciptakan langit, bumi serta keduanya. Diceritakan juga perihal kaum Musyrik yang mendustakan hari kebangkitan. Selain itu, diterangkan perihal adanya malaikat-malaikat yang menjaga kita.
2. hokum-hukum: jangan mencela diri kita sendiri dengan berdoa supaya diri kita dibinasakan dan sebagainya.
3. Kisah-kisah: kisah para nabi terdahulu juga diceritakan dalam surah ini.
4. Perumpamaan: Perumpamaan yang allah nyatakan bagi membezakan manusia yang menyembah Allah dan yang tidak menyembahnya.
Jadi banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil dari turunnya surah ini. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian, guruh di langit dan para malaikat juga bertasbih dan memuji Allah kerana takutkan penciptanya. Bagaimana pula dengan kita yang serba kerdil dan hina ini sudah tentulah perlu lagi banyak menyebut namanya, memujinya dan memohon keampunan darinya. Mari sama-sama kita hayati firmannya ini:

الَّذينَ آمَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allāh. Unquestionably, by the remembrance of Allāh hearts are assured.”
(MALAY)
(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Ar-Ra’du : 28
#alquran untuk semua
#mudah-mudahan bermanfaat

Tiada ulasan: