Halaman

Ahad, 3 Januari 2021

Tadabur Ayat 121 Surah al-baqarah.


 

Firman Allah dalam alquran:

(الَّذينَ ءَاتَينَـٰهُمُ ٱلكِتَـٰبَ يَتلونَهُ حَقَّ تِلاوَتِهِ أُولٰئِكَ يُؤمِنونَ بِهِ ۗ وَمَن يَكفُر بِهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ ٱلخَـٰسِرُونَ)

Maksudnya: Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Surah al-baqarah: 121.

Dalam ayat ini Allah menyatakan berkenaan perihal mereka dari kalangan ahli kitab yang beriman kepada ajaran asal agama mereka sebelum diubah mengikut hawa nafsu mereka. Dalam ayat sebelum ini Allah menyatakan golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhai Nabi Muhammad dan umatnya sehingga mereka mengikut agma Yahudi ataupun mengikut jejak langkah mereka. Dalam ayat ini Allah memberitahu kita bahawa dalam kalangan Yahudi itu ada yang beriman dan membaca kitab mereka dengan sebenarnya. Perhatikan pada kalimah (حَقَّ تِلَاوَتِهِ) Yang bermaksud sebenar-benar bacaan. Ada ulama yang menyatakan perkataan ini bermaksud kita hendaklah membaca kitab alquran dengan bacaan yang betul dari sudut tajwidnya, mengikuti arahan di dalamnya, menghalalkan apa yang dihalalkan serta mengharamkan apa yang diharamkannya. Selepas itu, Allah menyatakan mereka yang membaca kitabnya dengan sebenar-benar bacaan itulah orang yang beriman.

Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada ayat ni?

1. Walaupun ayat ini menyatakan tentang ahli kitab yang beriman yakni mereka yang membaca kitab Taurat yang asal tetapi ia juga boleh membawa maksud kepada kita yang ada kitab alquran.

2. Penting untuk mengetahui bahawa bacaan yang sebenar bukan sekadar membetulkan tajwid sahaja sebaliknya perlu disertai dengan tadabur dan memahami ayat-ayat yang dibaca. Hasilnya boleh menyebabkan PeningkatAN DALAM keimanan diri kita.

3. Ingatlah sesiapa yang tidak mengikut ajaran alquran mereka itulah yang rugi di dunia dan akhirat.

4. akhirnya, jom kita Tanya diri dan hati kita adakah kita benar-benar membaca kalam suci Ilahi ini dengan sebenar-benar bacaan?

#AHMADDANIAL #JOMTADABURQURAN #ALQURANDIHAYATI #TERUSKEHATI


Tiada ulasan: