Halaman

Selasa, 18 Disember 2012

Menghadiri temuduga.

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua? Nak cerita sikit tentang temu duga. Pada siang tadi saya telah menghadiri sesi temu duga di kompleks Mab untuk kemasukan ke darul Quran. Pada mulanya memang perasaan ni berdebar sekali. Saya bergerak dari rumah bersama ayah dan kakku lebih kurang pada puul 7 pagi. Selepas itu, sampailah di sana pada pukul 8.50 pagi. Selepas itu, calon-calon diberi sedikit taklimat berkenaan sesi temu duga ini. Memanglah ustaz ni aku pernah jumpa dulu iaitu Ustaz Hanafi. Seterusnya,calon-calon diberikan alquran dan diminta untuk menghafalnya lebih kurang satu mukasurat. Buat pengetahuan semua kalau satu mukasurat tu lebih kurang 4 dan 6 ayat e. Hal ini juga bergantung struktur ayat itu sama ada panjang atau pendek. Apa lagu bermulalah misiku untuk menghafal. Lebih kurang sejam lebih kemudian, saya dengan memberanikan diri pergilah kerana perasaan ini dah berdebar sangat. Saja je nak cuba beranikan diri. Takutah juga bila kena baca depan ustaz tu. Biasalah, kalau sesuatu yang tak biasa dilakukan memang kekok juga. Alhamdulilah syukur sangat. Soalan yang ustaz tu tanya bolehlah jawab. Selepas itu, kami semua diminta tuggu untuk makan tengah hari yang disediakan. Pada saat itu, banyak perkara bermantuk menghadiri sesi ini. Ada yang dari Terengganu, Perlis, johor dan macam-macam lai. Korang memang hebat terbaik. Selepas makan, tiba masa untuk berurai. Tiba masa bersalaman dengan rakan-rakan dan mengucapkan selamat dan semoga ntuk kalian semua. Diharapkan anda semua berasa senang dan catatan ini memberi manfaat kepada semua. Orang lain boleh kenapa anda tidak?berjumpa lagi. Setakat itulah sedikit perkongsian uin di fikiranku. Terbanyang jga semangat rakan-rakanku yang datang dari jauh u

Tiada ulasan: