Halaman

Isnin, 24 Disember 2012

Teka-teki?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini saya telah membaca sebuah cerita yang berjudul Teka-teki.Cerita memang menarik. Pada kali ini sengaja saya nak kongsi apa yang saya dapat daripada cerita ini. Cerita ini mengisahkan seorang mahasiswi iaitu Irma. Irma mempunyai pendiriannya sndiri. Walaupun dia disuruh rakan-rakannya untuk menyertai pertandingan ratu cantik tetapi dia enggan. Dalam fikiran Irma, dia terfikir bermacam-macam-macam perkara dan soalan. Rakannya iaitu Tanti telah bberkahwin. Selepas suatu tempoh tertentu, dia telah bercerai dan tanti kini merupakan seorang pelacur. Oleh sebab Irma merupakan sahabat yang paling rapat, dia terpaksa meluahkan perkara itu kepada Irma. Irma berasa sedih dan berbagai-bagai persoalan berada di mindanya. Dia juga terfikir berkenaan Herman iaitu rakan yang paling rapat dengannya. Dia keliru iaitu hubungan dia dengan Herman. Dia takut untuk berkahwin kerana memikirkan kisah yang berlaku pada rakannya iaitu Tanti. Dia takut perkahwinannya akan berakhir dengan kekecewaan bukan kebahagiaan. Akhirya, selepas lama memikirkan hubungan cintanya dengan Herman, Herman kini pula berada di jenjang pelamin. Dia kini bahagia dengan pasangan hidupnya dan mengharap hubungan mereka kekal selamanya. Sementara Irma terus menunggu dan menghitung detik untuk menamatkan zaman bujangnya. Certa berakhir di situ. Pada pandangan saya beberapa pengajaran boleh kita ambil daripada kisah ini. Kita harus berfikir dengan matang dan baik sebelum membuat keputusan yang penting alam hidup ini. Ini kerana perkara tersebut memberi kesan kepada masa depan kita. Kita harus bertindak berlandaskan ajaran agama Islam dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah. Kita harus bersyukur dengan kurnian tuhan kerana sudah tentu kurniaan itu ada hikmah yang perlu diketahui. Sekian sahaja ada kali ini. Terus menanti cerita yang menarik pada catatan yang akan datang. Kejayaan bergantung pada tindakan dan keputusan pada masa sekarang.

Tiada ulasan: