Halaman

Selasa, 3 Januari 2012

Selamat kembali ke sekolah

Hari esok merupakan hari pertama bagi memulakan sesi persekolahan bagi murid-murid di Malaysia.

Pastinya mereka semua bersemangat untuk ke sekolah. Walaupun terdapat segelintir yang tidak suka ke sekolah. Seronoknya bila berjumpa ramai kawan dan dapat berkongsi cerita itu dan ini.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang utama bagi murid-murid. Walaupun tujuan utama ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu tetapi banyak lagi manfaat yang terdapat di sekolah.

Saya seperti pelajar lain juga akan memulakan riwayat hidupku di sekolah petang ini. Apa yang diharapkan walaupun kita dah nak berpisah tetapi teruslah kekal mengunjungi blog ini.

Saya ingin memohon kemaafan kerana mungkin untuk beberapa tempoh selepas ini saya tidak membuat catatan untuk anda semua. Tetapi saya akan cuba juga sedaya upaya saya untuk menghasilkan catatan untuk anda semua.

Untuk semua rakan-rakanku yang masih belajarsepertiku teruskan usaha anda untuk Berjaya.

Selamat kembali ke sekolah dengan wajah yang ceria dan hati yang terbuka beserta azam yang membara.

Tiada ulasan: