Halaman

Jumaat, 9 Disember 2011

Cukai?

Assalamualaikum dan selamat semua.
Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai cukai. Agaknya apa yang anda definisikan tentang perkataan cukai.

Sebenarnya cukai ialah bayaran yang perlu dibayar oleh seseorang individu ataupun sesebuah syarikat. Cukai inilah menjadi sumber pendapatan kerajaan atau pemerintah. Ianya juga menjadi pelaburan oleh kerajaan untuk kegunaan awam seperti pembinaan bangunan contohnya hospital, sekolah dan sebagainya.

Cukai terbahagi kepada 2 iaitu cukai secara langsung dan cukai tidak langsung.

Cukai langsung adalah cukai yang dibayar terus oleh individu atau syarikat kepada kerajaan. Manakala cukai tidak langsung adlah kebiasaannya cukai perniagaan dimana pengeluar yang perlu membayar cukai dan seterusnya dikenakan harga yang tinggi kepada pengguna.

Antara jenis cukai ialah cukai tanah, cukai hartanah, cukai pintu dan lain-lain lagi.

Cukai dikenakan kepada pihak yang berkelayakan sahaja jadi tidak timbul isu penganiayaan. Cukai juga penting demi kemakmuran dan peembanguan Negara.

Oleh itu, pihak yang erkenaan hendaklah menunaikan tanggungjawab ini untuk kebaikan bersama.

Tiada ulasan: