Halaman

Jumaat, 23 Disember 2011

Keputusan Pmr 2011 terbaik

Assalamualaikum dan selamat petang. Bertemu kita sekali lagi dalam coretan kali ini.

Pada 4 hingga 10 Oktober yang lalu pelajar-pelajar tingkatan 3 telah berjuang apabila merreka menghadapi peperiksaan Pmr. Pada hari ini merupakan hari yang menentukan hasil usaha mereka Berjaya atau tidak. Buat pengetahuan semua, keputusan Pmr pada kali ini adalah yang terbaik antara 4 tahun. Pelajar yang mendapat semua gred A telah meningkat kepada lebih tiga puluh ribu. Manakala jurang perbezaan antara keputusan pelajar luar Bandar dan pelajar di Bandar semakin dekat. Hal ini menunjukkan bahawa sesiapa pun boleh Berjaya selagi mereka terus berusaha.

Apa yang saya tertarik di sini adalah apabila saya mendengar berita bahawa pelajar yang ketiadaan tangan dan berkerusi roda turut Berjaya memperoleh keputusan 9A. Sementara itu seorang pelajar yang menghidapi penyakit Telesemia telah berrjaya memperoleh keputusan cemerlang. Ini membuktikan tuhan itu maha Adil dan berhak memberikan kejayaan kepada sesiapa pun yang terus berusaha.

Menurut sumber maklumat yang saya perolehi rakan-rakan kita di Smpk Setapak turut Berjaya memperoleh keputusan yang baik. Ada yang Berjaya memperoleh 4A, 5A dan tidak kurang yang mendapat 2A atau 1A. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah Berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Pada yang masih belum mendapat apa yang dikehendaki teruskan usaha kerana perjalanan anda semua masih jauh. Kejayaan anda juga menjadi peransang kepada saya untuk turut Berjaya.

Semoga kejayaan ini menjadikan kita lebih matang bukan terkebalakang. Insyyallah. Tahniah sekali lagi.

Tiada ulasan: