Halaman

Jumaat, 2 Disember 2011

Filem Libas.

Assalamualaikum dan selamat bahagia. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu filem yang saya sempat ditonton.

Filem Libas karya Jurey ini menceritakan seorang Raja Libas yang dilakonkan oelh Roshamno. Beliau bersemangat untuk mempertahankan maruah negara dengan cara memenangi permainan Sepak Takraw.

Beliau ingin mencari penggantinya yang mampu mempertahankan maruah negara. Akhirnya beliau berjumpa dengan Hamdi yang memiliki bakat melibas. Bagi beliau permainan sepak Takraw dikaitkan dengan seni mempertahankan negara.

Tibalah masa untuk bertemu dengan musuh tradisi iaitu Thailan. Walaupun pada mulanya Thailan mendahului tetapi Malaysia memenanginya dengan menggunakan bola Takraw pusaka yang digunakan beratus-ratus tahun dahulu. Walaupun bola itu cuba dicuri tetapi mereka berjaya mengambilnya kembali.

Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari antaranya kita hendaklah bersemangat untuk mempertahankan maruah negara. Seterusnhya kita hendaklah menguasai kemahiran seperti permainan Takraw.

Selamat menonton.

Tiada ulasan: