Halaman

Rabu, 7 Disember 2011

Projek Vsi satu revolusi vukan fantasi.

Perrkara ini menjadi semakin hangat di Smpk Setapak. Perkara apa?

Itulah Vsi.

Tanggal 28 April 2011 menjadi tarikh bermakna di Smpk Setapak kerana itulah tarikh penubuhan Projek Virtual Smpk Interaktif VSI]. Sebenarnya projek ini adalah hasil inovasi atau inisiatif 5 orang pelajar daripada Smpk Setapak iaitu Kaveinthran Pulanthran selaku pengerusi, The Yong Shing sebagai setiaussaha Vsi, Krshmann a’l Vijay Kumaran, Ahmad Danial Mohd Sani dan yang terakhir Amirudin Abdulah selain turut disertai Cik Tang Lai Shin, iaitu Penyelaras Literasi Komputer Smpk Setapak. Apa yang membanggakan adalah kelima-lima orang pelajar tersebut merupakan pelajar B1 ataupun cacat penglihatan sepenuhnya. Selain itu, mereka juga merupakan pelajar di Smpk Setapak hal ini sekali gus menaikkan imej sekolah Syabas dan tahniah.

Antara elemen dalam projek ini ialah akses kpada laman social paling popular iaitu Facebook. Facebook Smpk Setapak diberi nama smpk setapak

Apabila Facebook ini dicipta ianya membolehkan perkongsian informasi yang berfaedah antara warga sekolah dan masyarakat luar. Medium ini menjadi pengukuh kepada eratnya hubungan silaturahimdan membolehkan masyarakat luar mengenali dengan lebih dekatsekolah kami. Kata orang tak kenal maka tak cinta.

Seterusnya, akses kepada laman Twitter yang diberi nama smpks

Twitter Smpk Setapak betujuan menyalurkan maklumat dan informasi seperti isu-isu semasa,

Sila layari Twitter kami di www.twitter.com/smpks

Follow kami di Twitter untuk kebaikan anda semua.

Selain itu, pihak Vsi juga memperkenalkan Landskap Perrbincangan Online ataupun Maiing List group smpk Setapak.
Di sini pengguna boleh berhubung dengan individu lain, mengakse maklumat melalui emel dan web. Group Smpk Setapak membolehkan subscriber atau yang telah menyertai group ini untuk berkongsi iforasi, bertukar-tukar pelajaran dan perkara-perkara lain. Tidak kira warga sekolah atau masyarakat luar digalakkan dan dialu-alukan menyertai Group ini.

Seiranya anda menyertai atau menjadi subscriber group ini sila hantar satu emel kosong ke
Smpksetapak+subscribe@googlegroups.com

Sekiranya anda memberi atau post sesuatu kepada group ini untuk manfaat kita bersama sebagai tuntutan nibi kita agar orang yang baik adalah orang yang membri manfaat atau kebaikan kepada orang lain, anda boleh hantar emel ke
smpsetapak@googlegroups.com
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan sila eel ke
smpksetapak@gmail.com agar kami dapat membaiki dan memberi perkhidmatan terbaik kepada anda semua.

Seperti mana yang kita ketahui, blog semakin popular pada zaman siber ini. Sehubungan itu, pihak kami telah menyediakan satu blog Virtual Smpk Interaktif. Blog ini memberi manfaat kepada anda dengan cara memberi maklumat kepada anda tentang produk-prduk atau isu semasa semasa mengenai warga Oku Penglihatan. Sila follow kami ini.
Untuk itu anda boleh ke laman blog pilihan dalam blog ini dan mencari Virtual Smpk Interaktif.

Bagi saya projek ini memberi manfaat kepada kita semua terutamanya para pelajar. Contohnya bertukar-tukar nota dan soalan. Saya telah memuat tuun nota ataupun latihan Sejarah daripada cikgu. Hal ini membolehkan saya untuk meningkatkan lagi pemahaman saya kepada subjek Sejarah. Seterusnya, saya juga mendapat maklumat tentang warga Oku terutamanya Oku Penglihatan. Contohnya saya baru sahaja memuat turun forum Oku yang telah diadakan di Wisma Bernama pada 4 Disember yang lalu. Saya juaga mendapat maklumat tentang isu-isu semasa. Saya juga mendapat maklumat tentang kemasukan ke Darul Quran dan syarat-syaratnya sekali.

Bagi pelajar ataupun mereka yang berminat dengan drama boleh muat turun drama audio yang diberikan pihak-pihak tertentu.

Sememangnya banyak manfaat yang telah saya perolehi daripada projek ini. Hal ini turut diakui oleh rakan-rakan subscriber dimana mereka boleh memuat turun produk atau software yang berguna untuk mereka.



Bagi pihak Vsi, apa yang kami harapkan adalah sokongan aar projek ini dapat diteruskan dan menjadi lebih bermanfaat pada masa hadapan. Insyalah.

Oleh itu, add Facebook kami dengan menaipkan smpk setapak di ruang carian. Jadi follower kai di Twitter dengan menaip di ruang carian smpks. Kunjungilah blog kami dan subscribe group kami. Anda pasti tidak kecewa. Ayuh subscribe tidak kira guru, ibu bapa mahupun pelajar. Perkara ini sememangnya projek ini baik untuk semua oleh itu kami jalankan untuk kami dan anda semua. Untuk sebarang persoalan bolehlah anda anjurkan kepada kami pihak Vsi.


Sokongan anda sangat kami harapkan untuk revolusi kita kea rah lebih baik. Harapnya.

Tiada ulasan: