Halaman

Isnin, 12 Disember 2011

Gerhana Bulan penuh 10 Desember 2011


Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu fenomena yang sangat istimewa yang berlaku kelmarin iaitu pada tarikh 10 Desember itulah gerhana bulan penuh buat kali kedua.

Sebenarnya gerhana seperti ini pernah berlaku pada bulan Jun yang lalu tetapi gerhana tersebut tidak sebesar ini. Gerhana bulan seperti ini hanya akan berlaku pada bulan purnama.

Buat pengetahuan semua gerhana bulan penuh terjadi apabila bulan melalui sebahagian atau penuh baying-bayang bumi. Oleh itu, bulan, matahari dan bumi teratur dalam satu barisan yang sejajar. Hal ini merupakan ciptaan allah yang maha Kuasa.

Di Malaysia, kira-kira 3000 orang membanjiri planetarium Negara ataupun masjid Negara untuk menunaikan solat sunat gerhana. Di samping itu, mereka juga berpeluang melihat sendiri melalui mata kasar ataupun menggunakan teleskop yang disediakan untuk melihat fenomena ini.

Sebagai umat Islam fenomena seperti ini sepatutnya meningkatkan lagi kekuatan iman kita kepada allah kerana tanda atau bukti kekuasaannya sudah ternyata. Dijangka fenomena ini hanya dapat dilihat pada 2014 tetapi tidak di semua lokasi. Kesempatan pada 10 Desember yang lalu memang amat berharga kerana hamper seluruh Negara dapat menontonnya. Dikatakan juga Negara paling lama berlakunya gerhana ini ialah di India iaitu 5 jam.

Oleh itu, jadikan fenomena ini sebagai tanda kita bersyukur dan kagum kita terhadap penciptaannya. Mungkin ada maksud tersirat yang masih tersembunyi disebalik gerhana

yang indah ini.

Tiada ulasan: