Halaman

Sabtu, 24 Disember 2011

Penyakit Resdung?

Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu jenis penyakit iaitu penyakit resdung.

Tahukah anda apa itu resdung?

Resdung adalah penyakit yang agak membahayakan jika tidak dirawat seawall mungkin. Resdung berlaku disebebkan alahan ataupun virus/kuman yang telah menjangkiti tulang muka turut dikenali sebagai sinuutisis. Penyakit ini ada juga kaitannya dengan penyakit Asma. Jadi jika anda menghadapi masalah asma berjaga-jagalah.

Antara sintem anda mengalami penyakit ini adalah selalu bersin terutama pada waktu paagi atau cuaca sejuk, batuk-batuk, hidung tersumbat, mata berair, telinga tidak dapat mendengar dengan sebaiknya, jerawat pada muka dan macam-macam llagi. Jika anda berhadapan dengan masalah seperti tadi segeralah berjumpa doctor untuk mengubati penyakit anda.

Doktor mungkin akan memastikan anda mempunyai tanda-tanda tersebut. Pada peringkat awal, perkara ini senang diubati tetapi jika pada tahap kronik mungkin pembedahan terpaksa dilakukan. Jadi mencegah lebih baik daripada mengubati.

Tahukah ruang udara yang tercemar dengan habuk juga boleh membawa kepada penyakit ini? Oleh itu, jauhkanlah daripada punca-punca yang menyebabkan perkara ini berlaku. Anda perlu menjaga diri anda daripada terlibat dengan masalah ini kerana penyakit ini boleh menyebabkan anda menjadi buta dan jika lebih teruk lagi membawa maut. Kerosakan pada gigi juga perlu dielakkan kerana ianya juga merupakan salah satu punca berlaku penyakit ini.


Akhirnya, jagalah diri anda dan keluarga daripada terdedah kepada penyakit-penyakit.

Selamat menjaga kesihatan.

Ingatlah kesihatan menggambarkan diri sebenar anda.

Sebelum mengakhiri catatan kali ini saya ingin memohon kemaafan kepada pengunjung blog ini jika terdapat sebarang kekurangan pada kali ini. Saya Cuma ingin berkongsi apa yang saya tahu walaupun topic kali ini amat berat bagi saya untuk dilaksanakan. Maklumlah tengah belajar banyak lagi yang tak tahu.

Tiada ulasan: